Rabu, 15 November 2017

BAHAGIAN C : Sektor Industri Kecil dan Sederhana ( IKS) banyak memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan.

Look at the question and focus on memberi sumbangan dan pelbagai cabaran which mean it demand for 3+2 or 2+3 (3 cabaran 2 sumbangan or 2 sumbangan 3 cabaran).

Dalam pendahuluan sangat senang you hanya bagi definisi IKS, ubahsuai sedikit ayat daripada soalan pun boleh, contohnya:

Industri Kecil dan Sederhana ditakrifkan dengan perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan. IKS terbahagi kepada tiga iaitu industri berskala kecil, industri sederhana dan industri berskala besar. ( tengok nama IKS sudah bagi you tip iaitu kecil dan sederhana)

SUMBANGAN IKS:

1) Menjadi penggenap kepada industri besar ( penggenap iaitu jadi support kepada industri besar seperti input atau bahan mentah)
- membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industri berat seperti Proton.
-mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri(KESAN?) -mengurangkan kadar pertukaran asing - kurang bergantung kepada negara maju
- kos pengeluaran industri besar diminimumkan ( industri besar spend money to import, its expensive)
-industri berat dapat berkembang maju kerana dapat keuntungan yang lebih
- menuju ke arah negara perindustrain

2) Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
-IKS menyediakan lebih 44 peratus peluang pekerjaan daripada jumlah guna tenaga kerja dalam sektor perkilangan. (BUKTI)
-mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan struktur pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa.
-membasmi kemiskinan dengan pendapatan isi rumah (KESAN)

3) Melaksanakan pemindahan teknologi moden ( kerjasama with big company got chance to transfer better technology)
-kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan pemindahan teknologi melalui latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS.
- sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak mahu industri besar terpaksa melakukan teknik ini bagi menjamin komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia mempengaruhi produk akhir.

CABARAN yang dihadapi oleh IKS:

1) Menghadapi kekurangan modal ( buka atau berkembang satu industri mesti mau duit punye, tak ada free punye)
- kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi bidangan kerana IKS beroperasi dalam skil yang kecil.
- sukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem perbankan kerana kurang dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan yang tidak memuaskan.
- bank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu menanggung risiko jika hutang tidak berbayar. (BANK PINJAM DUIT MAU BAYAR HUTANG PUNYE)

2) Menghadapi masalah kehadiran IKS dari negara asing ( Malaysia ada IKS, luar negara pun ada IKS punye)
- kemasukan mendadak IKS terutamanya dari Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan telah menyempitkan peluang usahawan tempatan untuk menjadi pembekal kepada industri besar.
- kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh industri besar kerana lebih mempercayai firma asing daripada firma tempatan. ( firma tempatan suka IKS luar sebab negara luar lebih maju)
- syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk membangunkan IKS tempatan(WHY?) -mereka beranggapan IKS tempatan tidak mampu membekalkan barangan yang mencapai tahap yang mereka kehendaki. ( this is other company perspective)


Kesimpulan tulis IKS sangat penting untuk ekonomi negara dan pasal Wawasan 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

哈利巧售柠檬水      美国有一位促销奇才名叫哈利,他15岁时在一家马戏团当童工,当时他已经初步展现了自己的商业头脑,非常善于吸引观众前来光顾,于是团主让他站在马戏团门口招徕观众。勤劳聪明的哈利果然不负团主所托,为马戏团招来不少观众。但是哈利并未安于现状,还想凭自己的智慧和...