Jumaat, 17 November 2017

Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 5: Sumber Manusia ( FUNGSI PENGURUS SUMBER MANUSIA)

Fungsi Pengurus Sumber Manusia

1) Pengantara (WHY?) (ANTARA =A)
- Pengurus sumber manusia berperanan sebagai orang tengah atau pengantara antara pekerja dan industri.
- Pengurus sumber manusia berperanan menyuarakan pendapat pekerja kepada pihak pengurusan atasan.

2)  Fasilitator (WHY?) (FASILITATOR= F)
- Program latihan dan pembangunan perlu dilaksanakan oleh organisasi untuk meningkatan produktiviti.
- Pengurus sumber manusia akan menjalankan tugas untuk memilih pekerja yang bersesuaian dan sebagai fasilitator semasa program dijalankan.

3) Penyelaras (WHY?) (SELARAS=S)
- Pekerja perlu dilindungi daripada aspek keselamatan dan kesihatan.
- Pengurus sumber manusia berperanan untuk memastikan pekerja mendapat perlindungan yang bersesuaian dengan jenis kerja yang dilakukan.
- Perlindungan keselamatan seperti insurans dan kesihatan seperi klink panel akan diselaraskan oleh pengurus sumber manusia. ( EXAMPLE)

F A S T

Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 5: Sumber Manusia ( KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Kepentingan pengurusan sumber manusia

1) Membangunkan sistem pembayaran gaji yang cekap ( GAJI)
- Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam organisasi akan dibayar faedah dalam bentuk gaji, komisen atau elaun. (WHEN?)
- Sistem pembayaran gaji yang sistematik boleh mendorong pekerja untuk memberikan sumbangan terbaik dalam usaha membangunkan organisasi. (KESAN KEPENTINGAN TERSEBUT!)

2) Menguruskan sistem pemberian ganjaran dan pampasan (REWARD)
- Ganjaran dan pampasan akan diberikan berdasarkan prestasi dan sumbangan kepada organisasi. (WHEN?)
- Faktor kesesuaian dan keadilan sangat penting semasa proses pemberian dan pampasan. (HOW?)
- Ganjaran yang bersesuaian akan mengeratkan hubungan antara pekerja dengan majikan dan mengurangkan kadar lantik henti. (KESAN KEPENTINGAN TERSEBUT!)

3) Merancang skim kesihatan dan keselamatan (HEALTH CARE)
- Setiap pekerja perlu diberi perlindungan dari segi kesihatan dan keselamatan semasa bekerja.(WHO?)
- Pengurus sumber manusia perlu merancang skim kesihatan dan keselamatan yang bersesuaian dengan keperluan pekerja bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan maksimum terhadap pencapaian matlamat organisasi. (KESAN KEPENTINGAN TERSEBUT)

G stand for Good/ G stand for Game/ K stand for ok = Good game ok?



Khamis, 16 November 2017

Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 2: Pengeluaran

Apa itu pengeluaran ?

Pengeluaran ialah suatu fungsi perniagaan yang mengubah input untuk menghasilkan output sama ada barang atau perkhidmatan melalui aktiviti penambahan nilai.

Apakah peranan pengeluaran?

1) Menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Pengeluaran berperanan menghasilkan barang dan perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.

2) Penukaran input kepada output
- Pengeluaran merujuk operasi sesebuah organisasi yang melibatkan penukaran input kepada output. (ingat INPUT NEED proses transformasi baru jadi output, you satu bahan mentah tiada melakukan perubahan melalui pekerja macam mana mau jadi output kan?)

3) Memenuhi kehendak dan keperluan ( Why hasil barang dan perkhidmatan?)
- Output yang dihasilkan pula terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang akan dipasarkan kepada pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

(Peranan ada kait dengan definisi pengeluaran punye if you look closely...)
(always think why, why, why.

WHY mereka mau pengeluaran? ( untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan)
How they make barang dan perkhidmatan? ( tukar input kepada output)
Barang dan perkhidmatan for WHO? ( pengguna yang asyik minta di pasaran)

WHAT cabaran yang telah dihadapi dalam pengurusan pengeluaran?

1) Keperluan untuk memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai
- Kejayaan sesuatu produk bergantung pada keupayaannya untuk memenuhi cita rasa pengguna. ( You letak satu barang di pasaran, semakin lama semakin kurang pengguna beli, WHY? sebab mereka mungkin sudah boring dengan barang dan mahu barang yang lain)

2) Menekankan peningkatan kualiti secara berterusan
- Kualiti barangan merupakan aspek yang semakin dititikberatkan oleh pengguna dan jangkaan pengguna terhadap produk akan menentukan daya saing produk dalam pasaran berjaya atau sebaliknya. ( Bukan satu perniagaan ada pengeluaran produk sahaja, ada banyak. Maka kualiti produk adalah kunci untuk saling berlaku persaingan dalam pasaran.)

3) Perubahan teknologi yang berterusan
- Penggunaan teknologi mempercepat proses pengeluaran ( WHY technology so important for produk?)
- Oleh itu, pengguna harus sentiasa bersedia untuk menerima sebarang perubahan teknologi yang drastik dan mengatur strategi pengeluaran yang lebih efisien. (ALWAYS ALERT FOR NEW TECHNOLOGY COME OUT, mana tau perniagaan lain ada teknologi yang baru, nanti you punye pengeluaran produk sudah kalah sebab teknologi yang lama.)

(T stand for Tak/ C stand for Cinta/ K stand for Kepadamu)
Tak cinta kepadamu, oh T ialah teknologi, C ialah cita rasa, K ialah kualiti.






Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 1: Persekitaran Perniagaan

Persekitaran perniagaan ada dua jenis iaitu persekitaran umum dan persekitaran tugas.

Cara saya menghafal iaitu:

1) Persekitaran umum(umum adalah empat perkataan, jadi saya tukar menjadi AREA, Area juga empat perkataan)

Persekitaran tugas pula saya tukarkan tugas kepada ORANG (tugas dan orang ada lima perkataan)

Ini sangat senang untuk menghafal sebab persekitaran umum ( AREA), area iaitu persekitaran yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan perniagaan.

AREA iaitu you anggap di sekeliling perniagaan you yang ada hubungan punye.

Kalau pelajar you tengok Persekitaran umum ada banyak iaitu teknologi, prasarana, antarabangsa, ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya dan politik dan perundangan (Sangat banyak susah nak hafal kan? Saya hanya ambil 3 untuk hafal sahaja sebab soalan ini selalu keluar di bahagian A, dan soalan di Bahagian A paling banyak ialah 6 markah.

Bagi yang persekitaran tugas kenapa saya gunakan perkataan ORANG ada sebab punye:

Persekitaran tugas merangkumi pihak-pihak yang mempunyai pengaruh langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan.

Jadi tengok dalam persekitaran tugas ada pihak ( pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal atau pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, masyarakat) SEMUA ORANG KAN?
BUKAN BENDA KAN?

Jadi seperti biasa ambil 3 pihak untuk menghafal untuk menjawab soalan di bahagian a.

Tapi hafal nama dalam persekitaran umum dan tugas sangat susah kan? Jadi kita sebagai pelajar kena kreatif untuk mengubahsuai perkataan yang menarik untuk senang menghafal. Saya bagi contoh untuk persekitaran umum:

Sosiobudaya = Saya
Antarabangsa= Akan
Politik dan perundangan= Pergi Pulau

Saya akan pergi pulau. S stand for sosiobudaya / A stand for antarabangsa / PP stand for politik dan perundangan.

Ini ialah salah satu cara bagaimana saya menghafal fakta, you juga boleh gunakan imagination untuk mengetahui fakta seperti dalam persekitaran tugas

Oh ok dalam perniagaan mesti melibatkan pelanggan untuk membeli barang dan perkhidmatan, ada pekerja yang menghasilkan produk, dan pembekal yang menyumbangkan bahan mentah kepada perniagaan.

Pelajar juga perlu betul-betul faham apa fakta yang you tulis, supaya kamu boleh menghuraikan dalam jawapan.

Rabu, 15 November 2017

BAHAGIAN C : Sektor Industri Kecil dan Sederhana ( IKS) banyak memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan.

Look at the question and focus on memberi sumbangan dan pelbagai cabaran which mean it demand for 3+2 or 2+3 (3 cabaran 2 sumbangan or 2 sumbangan 3 cabaran).

Dalam pendahuluan sangat senang you hanya bagi definisi IKS, ubahsuai sedikit ayat daripada soalan pun boleh, contohnya:

Industri Kecil dan Sederhana ditakrifkan dengan perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan. IKS terbahagi kepada tiga iaitu industri berskala kecil, industri sederhana dan industri berskala besar. ( tengok nama IKS sudah bagi you tip iaitu kecil dan sederhana)

SUMBANGAN IKS:

1) Menjadi penggenap kepada industri besar ( penggenap iaitu jadi support kepada industri besar seperti input atau bahan mentah)
- membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industri berat seperti Proton.
-mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri(KESAN?) -mengurangkan kadar pertukaran asing - kurang bergantung kepada negara maju
- kos pengeluaran industri besar diminimumkan ( industri besar spend money to import, its expensive)
-industri berat dapat berkembang maju kerana dapat keuntungan yang lebih
- menuju ke arah negara perindustrain

2) Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
-IKS menyediakan lebih 44 peratus peluang pekerjaan daripada jumlah guna tenaga kerja dalam sektor perkilangan. (BUKTI)
-mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan struktur pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa.
-membasmi kemiskinan dengan pendapatan isi rumah (KESAN)

3) Melaksanakan pemindahan teknologi moden ( kerjasama with big company got chance to transfer better technology)
-kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan pemindahan teknologi melalui latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS.
- sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak mahu industri besar terpaksa melakukan teknik ini bagi menjamin komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia mempengaruhi produk akhir.

CABARAN yang dihadapi oleh IKS:

1) Menghadapi kekurangan modal ( buka atau berkembang satu industri mesti mau duit punye, tak ada free punye)
- kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi bidangan kerana IKS beroperasi dalam skil yang kecil.
- sukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem perbankan kerana kurang dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan yang tidak memuaskan.
- bank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu menanggung risiko jika hutang tidak berbayar. (BANK PINJAM DUIT MAU BAYAR HUTANG PUNYE)

2) Menghadapi masalah kehadiran IKS dari negara asing ( Malaysia ada IKS, luar negara pun ada IKS punye)
- kemasukan mendadak IKS terutamanya dari Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan telah menyempitkan peluang usahawan tempatan untuk menjadi pembekal kepada industri besar.
- kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh industri besar kerana lebih mempercayai firma asing daripada firma tempatan. ( firma tempatan suka IKS luar sebab negara luar lebih maju)
- syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk membangunkan IKS tempatan(WHY?) -mereka beranggapan IKS tempatan tidak mampu membekalkan barangan yang mencapai tahap yang mereka kehendaki. ( this is other company perspective)


Kesimpulan tulis IKS sangat penting untuk ekonomi negara dan pasal Wawasan 2020.

BAHAGIAN C : Banyak faktor menyebabkan Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi ancaman jenayah dan keadaan ini perlu diatasi segera. Bincangkan.

 Banyak faktor menyebabkan Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi ancaman jenayah dan keadaan ini perlu diatasi segera. (Fokus kepada faktor dan keadaan ini perlu diatasi segera, ini bermakna soalan mau FAKTOR dan LANGKAH, so ini ialah 3+2 atau 2+3 suka hati lu)

Setiap negara di seluruh dunia mesti ada berlaku jenayah punye, i tak kisah negara itu rakyat hidup dalam aman dan damai, MESTI ADA ORANG JAHAT YANG MELAKUKAN JENAYAH PUNYE. So lu punye pendahuluan boleh bermula dengan seperti di bawah:

Pendahuluan:
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam. Kegiatan jenayah tersebut akan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara. Kerajaan telah menjalanakan usaha untuk mengatasi masalah tersebut. (KESAN JENAYAH+ WHO MENGATASI MASALAH?)

FAKTOR-FAKTOR berlakunya jenayah:

1) Faktor pertambahan penduduk ( orang luar sudah mari datang malaysia, lu mana tau semua orang luar ini 100% ialah orang baik kan?, mana tau ada orang luar yang melarikan diri daripada negara asal dia)
- semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan dalam pasaran.
-kedatangan pekerja asing telah menyempitkan lagi peluang untuk penduduk tempatan mendapat pekerjaan.
- apabila mereka gagal mendapatkan pekerjaan secara halal, mereka akan mendapatkan secara haram iaitu melakukan secara haram seperti merompak,meragut,dan sebagainya.
- hal ini ditambah lagi lagi persaingan dengan pekerja asing yang sanggup menerima upah yang lebih rendah. (Look at Bangla sudah puas dengan sikit wang sebab nilai wang mereka kecil mah.)

2) Faktor kejatuhan ekonomi
- kemelesetan ekonomi juga merupakan faktor meningkatnya kadar jenayah di Malaysia.
- apabila mereka sukar mendapatkan sesuatu kerana tiada pekerjaan atau diberhentikan kerja, sedangkan mereka terpaksa membayar ansuran kereta, rumah, dan keperluan lain.
- akhirnya mereka terpaksa pecah amanah, penipuan, merompak, mengedar dadah, dan sebagainya.
(people already got salary income to pay for monthly house, car and other, SUDDENLY NO JOBS, he conform not be able to pay, so what do they do to solve this solution? do crime loh)(no choice ma)

3) Faktor kurang penguatkuasaan undang-undang ( weak law cause crime semakin STRONG)
- kekurangan tenaga penguatkuasaan dan tenaga mahir dalam bidang tertentu telah menyebabkan pelbagai jenayah berlaku ( for example less police in our country)
- penjenayah mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah, pembunuhan, rompakan, dan pelbagai jenayah lagi. ( fikir semua contoh jenayah lu dapat fikir sampai tak dapat fikir baru tulis pelbagai jenayah lagi.)

LANGKAH-LANGKAH mengatasi masalah jenayah: ( usually question about jenayah a langkahnya mesti pasal kesedaran rakyat dan mengadakan kempen-kempen punye)

1) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam (YOU,ME,AH MENG,ALI,AHMAD SEMUA WAKE UP AGAINST THE CRIMES)
-kesedaran orang awam juga penting dalam usaha mencegah dan memerangi jenayah.
-orang ramai boleh mengambil bahagian dalam program dan aktiviti pencegahan jenayah. (HOW?)
-mereka harus sedar tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan diri,keluarga, dan harta benda mereka.
-hal ini dapat mengurangkan peluang dan ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.(KESAN)

2) Melaksanakan kempen-kempen pencegahan jenayah (HOW KEMPEN WORKS?)
- kempen-kempen pencegahan jenayah hendaklah digiatkan dalam media massa untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka. (KEMPEN FOR WHO?)
- kempen-kempen juga boleh diadakan pada peringkat sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang cara-cara mencegah jenayah dan kesan-kesannya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti jenayah. ( WHERE KEMPEN HAVE AND TO WHO?)

bagi Kesimpulannya tulis pendek-pendek saja macam semua pihak bekerjasama loh untuk membanteras jenayah.




BAHAGIAN C: Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berjaya mencapai satu tahap yang mana ICT telah menampakkan kebaikan dalam kehidupan manusia. Huraikan.

remember to think with 5W1H (how,what,who,where,when,why), and the most important is the kesan kepada manusia macam soalan ini. Ini soalan sudah boleh tengok apakah kebaikan ICT kepada rakyat negara sendiri. So esei ini adalah 5+0 semua ialah kebaikannya.

Pendahuluan: ( ICT ia sendiri bagi kesan positif dan negatif punye, SETIAP BENDA MESTI ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PUNYE), tapi tengok soalan sudah mention kebaikan, you punye pendahuluan boleh masuk ayat kesan kebaikan dan keburukan tetapi bukan dalam isi-isi.)

Contoh pendahuluan:

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) telah mencapai satu tahap di mana ICT telah menampakkan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Perkembangan ICT telah membawa kesan positif dan negatif kepada negara. (tengok pendahuluan hanya ubah sikit-sikit ayat daripada soalan)

KESAN-KESAN POSITIF ICT:

1) Memudahkan urusan harian (Kebanyakkan mak kita suka guna internet untuk bayar bil-bil punye, am i right, sebab mak saya pun macam ini punye, KENAPA? SENANG MA)
- bayaran bil utiliti, pinjaman,pemindahan wang, jual beli barangan keperluan, dan lain-lain lagi dapat dilakukan melalui internet. (EXAMPLE OF BIL)
- pengguna tidak perlu beratur panjang menjimatkan masa, tiada maslah parkir, tiada kesesakan jalan raya, dan tiada kos pengangkutan. (TIME SAVE, SAVE CAR OIL, NO TRAFFIC JAM,SO NICE)

2) Sistem pentadbiran lebih cekap
-sistem pentadbiran menjadi lebih cekap dan berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.
-setiap urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dipermudah dan dipercepat seperti e-pendaftaran,e-kerajaan,e-perolehan,e-cukai,dan lain-lain lagi. ( e stands for electronic)
- pengguna dengan mudah dapat mengakses maklumat dalam pelbagai perkara.

3) Memperkukuh hubungan diplomatik
- hubungan diplomatik dengan negara-negara lebih erat.
- hubungan yang erat dengan negara-negara lain dapat mengukuhkan sistem pertahanan negara Malaysia ( look how good our country relationship with China and America)
- hubungan yang erat juga memberi faedah kepada bidang lain seperti kerjasama dalam bidang pendidikan,sukan,sosial,pertahanan,pentadbiran dan ekonomi. (olimpik,sukan sea)

4) Meningkatkan hubungan perdagangan antara negara.
- teknologi maklumat dan komunikasi telah merancakkan lagi aktiviti perniagaan di seluruh dunia melalui internet (for example alibaba, lazada)
- pengguna dapat membeli barangan dari seluruh dunia tanpa mengira masa dan jarak.
- pemindahan wang dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

5) Meningkatkan bidang pendidikan ( look you now are looking at my essay)
- ICT mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang pendidikan negara.
- pelbagai maklumat boleh diakses pada bila-bila masa dan ini memudahkan pelajar mendapatkan maklumat. (When? LU MAU BUKA KAT PAGI,PETANG,ATAU MALAM UNTUK TENGOK SUKA HATI LU)
-pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarik perhatian para pelajar. (u watching my essay cause you get bored of your textbook or you must be finding more information,HEHE)

Kesimpulan just simple simple write like with ICT boleh melahirkan masyarakat yang berteknologi tinggi dan saintifik serta memajukan negara moden.

Selasa, 14 November 2017

BAHAGIAN C: Kenaikan harga barangan jika tidak dibendung akan menjejaskan kedaulatan negara. Huraikan.

This question a it already tell you kenaikan harga barangan akan menjejaskan kedaulatan negara, which mean will bring KESAN (5+0) for your own country. Now think back again WHO buy all these barangan? CONFORM RAKYAT right? So think back if kenaikan harga barangan, what will rakyat felt?

Pendahuluan also simple one, already said its KESAN KESAN KESAN, so you just write:

Kenaikan harga barangan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh pemerintah. Kenaikan harga barangan tanpa kawalan memberi kesan kepada masyarakat bagi jangka pendek dan masa panjang.

KESAN kenaikan harga barangan:

1) Meningkatkan beban rakyat
- peningkatan harga barangan keperluan harian akan menyebabkan kos hidup semakin tinggi dan membebankan pengguna. (KESAN)
- rakyat yang berpendapatan rendah berasa susah untuk membeli barangan keperluan harian kerana harganya semakin mahal. (SIAPA SUSAH? WHO?)
- hal ini menyebabkan pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk makanan dan juga keperluan asas yang lain yang turut naik seperti sewa rumah dan tambang pengangkutan awam. ( SIAPA SUSAH SEKALI LAGI)

2) Rakyat tidak dapat menabung
- rakyat terpaksa menggunakan seluruh wang gajinya untuk membeli barangan keperluan. (KESAN)
- hal ini menyebabkan rakyat tidak dapat membuat tabungan bagi kegunaan masa depan atau masa kecemasan. (KESAN)
-masa depan mereka tidak terjamin dan sentiasa dihimpit masalah kewangan kerana tidak mempunyai tabungan. ( Yes,now imagine what if that one rakyat kena car accident?)
- rakyat terpaksa berhutang apabila berlaku keperluan yang mendesak atau dalam kecemasan. ( No money, so you go borrow money from AhLong or bank loh)

3) Rakyat berasa tidak puas hati ( rakyat behsong liao unhappy already cause so expensive)
- hal ini akan menyebabkan rakyat melahirkan rasa kecewa mereka dengan melakukan demonstrasi. ( easy to let you know what is demonstrasi is the BERSIH 2.0,3.0)
-kerajaan akan dijadikan sasaran rasa tidak puas hati mereka kerana kerajaan dikatakan gagal mengawal kenaikan harga barangan keperluan harian mereka. ( you behsong or tidak puas hati must be got someone you target one right? which is kerajaan and you need a reason why you target kerajaan)
- hal ini akan menggalakkan berlakunya tindakan tidak rasional seperti rusuhan dan demonstrasi jalanan yang mampu menggugat kerajaan. ( KESAN )

4) Wujudnya ketidakstabilan politik dan keamanan negara tergugat
- rakyat akan mula tidak yakin kepada pemerintah kerana gagal menghalang kenaikan harga barangan keperluan. (Why?)
- hal ini akan menyebabkan kestabilan politik terjejas. (KESAN)
- akhirnya akan menyebabkan keamanan negara terancam. ( KESAN)

5) Meningkatkan kegiatan jenayah ( What can you do to continue survive in kenaikan harga barangan situation?)
- akibat kemiskinan dan kos hidup yang semakin meningkat, kes jenayah terus meningkat seperti ragut dan samun.
- rakyat yang hidup susah dan perlu meneruskan kelangsungan hidup biasanya sanggup melakukan apa sahaja.

So as you see it all are like in ascending order one
kenaikan harga barangan akan meningkatkan beban rakyat, then rakyat akan use wang untuk menabung to beli barangan, if keep continue like this rakyat started to unhappy then melakukan demonstrasi, this will bring kesan to keamanan negara and unstable politics such as kegiatan jenayah.

So in kesimpulan you just say the kenaikan harga barangan will bring alot of kesan negatif to semua pihak.

BAHAGIAN C : Kerajaan dan rakyat mempunyai tanggungjawab dala usaha mengatasi kemelesetan ekonomi.Huraikan.

When you see this kind of question a, look the question already bagi lu hint sudah which is KERAJAAN and RAKYAT. So leh this question conform minta 3+2 or 2+3, you mau 3+2 or 2+3 suka hati you. (3 for kerajaan / 2 for rakyat) OR (2 for kerajaan/ 3 for rakyat).

usually leh pendahuluan no need tulis long long punye for you all lower form 6 newbie. For example you see this question key word is about kemelesetan ekonomi. You can give the definition of kemelesetan ekonomi. After that you can use back the question punye words ( but you need ubahsuai abit abit lar...)

Let me give u an example:

Kemelesetan ekonomi ialah ekonomi yang tidak menentu dan stabil mempengaruhi kehidupan manusia seharian.  Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan dan rakyat untuk mengatasi kemelesetan ekonomi. ( Just the usaha you change to langkah)

Let u know that dont 100% copy whole line words from the question.

now i give the isi-isi:

Nowadays 21 century punye education for me is sibeh challenge and hard because you need to use your brain to think, you cannot keep read and hafal already. In my opinion, i think the 5W and 1H is really helpful to do your essay.

5W = Where, When, Who, What, Why
1H = How

Tanggungjawab Kerajaan: 

1) Meningkatkan pengeluaran produk komoditi dan eksport

- menggunakan teknologi moden dalam menghasilkan dan meningkatkan pengeluaran produk. ( How and What do they use to produce product?)
- mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis komoditi. ( How?)
- memberi insentif pelaburan kepada pemodal asing. (How and who?)

2) Merangka pelan jangka pendek dan penjang

- pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang kompetitif - dapat meningkatkan pengaliran wang dalam negara. ( What?)
- menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan, kerajaan mengawal harga barangan, dan meningkatkan pengeluaran barangan pengguna. (Whats inside the pelan?)
- memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan kadar faedah pinjaman. ( What so good about this pelan and its benefit)

3) Mengurangkan import barangan makanan dan barangan keperluan

- mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan berlaku defisit.( Why?)
- kempen menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan. (How?)
- menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal, maka rakyat kurang membeli barang import. (How?)

Tanggungjawab Rakyat:

1) Membeli barangan tempatan
- pengguna hendaklah mengutamakan dan membeli barangan tempatan. (Who?)
- hal ini dapat mengurangkan kadar import dan pengaliran mata wang Malaysia ke luar negara. ( Why?)
- pasaran mata wang tempatan akan berkembang dan akan membantu mengurangkan krisis ekonomi yang melanda negara kita. (Kesan)

2) Tidak menabung di luar negara
- Rakyat tempatan hendaklah mempunyai kesedaran untuk menyimpan wang mereka dalam negara saja. ( Who?)
- Pihak bank menyediakan kadar keuntungan yang menarik dan selamat. (Who?)
- Rakyat yang mempunyai simpanan di luar negara atau mempunyai pelaburan di luar negara hendaklah membawa balik keuntungan ke Malaysia sama ada disimpan atau dilaburkan semula dalam negara. (How?)

In kesimpulan you just write pendek pendek punya ayat is enough, like kerajaan dan rakyat bekerjasama to make malaysia ekonomi great again.







哈利巧售柠檬水      美国有一位促销奇才名叫哈利,他15岁时在一家马戏团当童工,当时他已经初步展现了自己的商业头脑,非常善于吸引观众前来光顾,于是团主让他站在马戏团门口招徕观众。勤劳聪明的哈利果然不负团主所托,为马戏团招来不少观众。但是哈利并未安于现状,还想凭自己的智慧和...