Khamis, 14 Mac 2019

哈利巧售柠檬水

     美国有一位促销奇才名叫哈利,他15岁时在一家马戏团当童工,当时他已经初步展现了自己的商业头脑,非常善于吸引观众前来光顾,于是团主让他站在马戏团门口招徕观众。勤劳聪明的哈利果然不负团主所托,为马戏团招来不少观众。但是哈利并未安于现状,还想凭自己的智慧和才能做出更多成绩。经过一番思考,他想出了一个好主意。

     这一天,他请求团主允许自己在马戏团内出售饮料,团主说,可以允许哈利出售饮料,但前提是不能影响演出收入。哈利神秘一笑,让团长放心,他想出了一个好主意。

      于是,哈利买回了花生和柠檬水,自己躲在屋子里炒花生。花生炒的酥脆之后,他就用纸将花生米分成一个一个小包。然后带着这些小包站在马戏团售票口处,使出浑身的力气,扯开嗓门大声喝道:“来!来!来看马戏的人,买一张马戏票,赠送一包顶好吃的花生米啦。精彩的马戏,又香又脆的花生米,一边吃一边看,快来啊。。。。”

      卖票的人一听,惊讶地看着哈利问道:“赠一包花生米?那你不是亏了吗?”哈利只是冲他笑笑,并不回答。观众闻到花生米的香味,纷纷围了过来,甚至很多本来没打算看马戏的人也被这免费赠送的花生米引得动了心,纷纷拿出钞票:“给我一张票,花生米别忘了。”我要来一张。。。“我也来一张。”“还有我..."在前面人潮的带动下,观众们就像被磁石吸引的磁铁一样全涌了过来,马戏票瞬间被卖的精光。

      马戏开始后,观众们一边观看精彩的马戏,一边吃着又香又脆的花生米。一小包花生米很快下了肚,人们便觉得有些口渴,想着要是有水喝就好了。就在这时,哈利又出现了,手里拿着柠檬水,轻声问道:“我这里有柠檬水,谁要柠檬水?”话音未落,观众们纷纷高喊道:“我要柠檬水!”“我也要!” 就像刚才的花生米一样,柠檬水瞬间也被人们抢的干干净净,哈利的口袋被钞票装的鼓鼓囊囊,大赚了一笔。

     吃花生米容易使口腔发干,而且哈利在炒花生米的时候又加了不少盐,吃完了自然口渴难耐,这样他的饮料生意才能兴隆,表面上是赠送花生米,实际上是推销柠檬水,哈利的策略帮马戏团招来了大量观众,也让自己收益额满,这的确是一个妙招。
   

Jumaat, 17 November 2017

Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 5: Sumber Manusia ( FUNGSI PENGURUS SUMBER MANUSIA)

Fungsi Pengurus Sumber Manusia

1) Pengantara (WHY?) (ANTARA =A)
- Pengurus sumber manusia berperanan sebagai orang tengah atau pengantara antara pekerja dan industri.
- Pengurus sumber manusia berperanan menyuarakan pendapat pekerja kepada pihak pengurusan atasan.

2)  Fasilitator (WHY?) (FASILITATOR= F)
- Program latihan dan pembangunan perlu dilaksanakan oleh organisasi untuk meningkatan produktiviti.
- Pengurus sumber manusia akan menjalankan tugas untuk memilih pekerja yang bersesuaian dan sebagai fasilitator semasa program dijalankan.

3) Penyelaras (WHY?) (SELARAS=S)
- Pekerja perlu dilindungi daripada aspek keselamatan dan kesihatan.
- Pengurus sumber manusia berperanan untuk memastikan pekerja mendapat perlindungan yang bersesuaian dengan jenis kerja yang dilakukan.
- Perlindungan keselamatan seperti insurans dan kesihatan seperi klink panel akan diselaraskan oleh pengurus sumber manusia. ( EXAMPLE)

F A S T

Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 5: Sumber Manusia ( KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Kepentingan pengurusan sumber manusia

1) Membangunkan sistem pembayaran gaji yang cekap ( GAJI)
- Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam organisasi akan dibayar faedah dalam bentuk gaji, komisen atau elaun. (WHEN?)
- Sistem pembayaran gaji yang sistematik boleh mendorong pekerja untuk memberikan sumbangan terbaik dalam usaha membangunkan organisasi. (KESAN KEPENTINGAN TERSEBUT!)

2) Menguruskan sistem pemberian ganjaran dan pampasan (REWARD)
- Ganjaran dan pampasan akan diberikan berdasarkan prestasi dan sumbangan kepada organisasi. (WHEN?)
- Faktor kesesuaian dan keadilan sangat penting semasa proses pemberian dan pampasan. (HOW?)
- Ganjaran yang bersesuaian akan mengeratkan hubungan antara pekerja dengan majikan dan mengurangkan kadar lantik henti. (KESAN KEPENTINGAN TERSEBUT!)

3) Merancang skim kesihatan dan keselamatan (HEALTH CARE)
- Setiap pekerja perlu diberi perlindungan dari segi kesihatan dan keselamatan semasa bekerja.(WHO?)
- Pengurus sumber manusia perlu merancang skim kesihatan dan keselamatan yang bersesuaian dengan keperluan pekerja bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan maksimum terhadap pencapaian matlamat organisasi. (KESAN KEPENTINGAN TERSEBUT)

G stand for Good/ G stand for Game/ K stand for ok = Good game ok?



Khamis, 16 November 2017

Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 2: Pengeluaran

Apa itu pengeluaran ?

Pengeluaran ialah suatu fungsi perniagaan yang mengubah input untuk menghasilkan output sama ada barang atau perkhidmatan melalui aktiviti penambahan nilai.

Apakah peranan pengeluaran?

1) Menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Pengeluaran berperanan menghasilkan barang dan perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.

2) Penukaran input kepada output
- Pengeluaran merujuk operasi sesebuah organisasi yang melibatkan penukaran input kepada output. (ingat INPUT NEED proses transformasi baru jadi output, you satu bahan mentah tiada melakukan perubahan melalui pekerja macam mana mau jadi output kan?)

3) Memenuhi kehendak dan keperluan ( Why hasil barang dan perkhidmatan?)
- Output yang dihasilkan pula terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang akan dipasarkan kepada pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

(Peranan ada kait dengan definisi pengeluaran punye if you look closely...)
(always think why, why, why.

WHY mereka mau pengeluaran? ( untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan)
How they make barang dan perkhidmatan? ( tukar input kepada output)
Barang dan perkhidmatan for WHO? ( pengguna yang asyik minta di pasaran)

WHAT cabaran yang telah dihadapi dalam pengurusan pengeluaran?

1) Keperluan untuk memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai
- Kejayaan sesuatu produk bergantung pada keupayaannya untuk memenuhi cita rasa pengguna. ( You letak satu barang di pasaran, semakin lama semakin kurang pengguna beli, WHY? sebab mereka mungkin sudah boring dengan barang dan mahu barang yang lain)

2) Menekankan peningkatan kualiti secara berterusan
- Kualiti barangan merupakan aspek yang semakin dititikberatkan oleh pengguna dan jangkaan pengguna terhadap produk akan menentukan daya saing produk dalam pasaran berjaya atau sebaliknya. ( Bukan satu perniagaan ada pengeluaran produk sahaja, ada banyak. Maka kualiti produk adalah kunci untuk saling berlaku persaingan dalam pasaran.)

3) Perubahan teknologi yang berterusan
- Penggunaan teknologi mempercepat proses pengeluaran ( WHY technology so important for produk?)
- Oleh itu, pengguna harus sentiasa bersedia untuk menerima sebarang perubahan teknologi yang drastik dan mengatur strategi pengeluaran yang lebih efisien. (ALWAYS ALERT FOR NEW TECHNOLOGY COME OUT, mana tau perniagaan lain ada teknologi yang baru, nanti you punye pengeluaran produk sudah kalah sebab teknologi yang lama.)

(T stand for Tak/ C stand for Cinta/ K stand for Kepadamu)
Tak cinta kepadamu, oh T ialah teknologi, C ialah cita rasa, K ialah kualiti.






Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 1: Persekitaran Perniagaan

Persekitaran perniagaan ada dua jenis iaitu persekitaran umum dan persekitaran tugas.

Cara saya menghafal iaitu:

1) Persekitaran umum(umum adalah empat perkataan, jadi saya tukar menjadi AREA, Area juga empat perkataan)

Persekitaran tugas pula saya tukarkan tugas kepada ORANG (tugas dan orang ada lima perkataan)

Ini sangat senang untuk menghafal sebab persekitaran umum ( AREA), area iaitu persekitaran yang mempunyai hubungan tidak langsung dengan perniagaan.

AREA iaitu you anggap di sekeliling perniagaan you yang ada hubungan punye.

Kalau pelajar you tengok Persekitaran umum ada banyak iaitu teknologi, prasarana, antarabangsa, ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya dan politik dan perundangan (Sangat banyak susah nak hafal kan? Saya hanya ambil 3 untuk hafal sahaja sebab soalan ini selalu keluar di bahagian A, dan soalan di Bahagian A paling banyak ialah 6 markah.

Bagi yang persekitaran tugas kenapa saya gunakan perkataan ORANG ada sebab punye:

Persekitaran tugas merangkumi pihak-pihak yang mempunyai pengaruh langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan.

Jadi tengok dalam persekitaran tugas ada pihak ( pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal atau pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, masyarakat) SEMUA ORANG KAN?
BUKAN BENDA KAN?

Jadi seperti biasa ambil 3 pihak untuk menghafal untuk menjawab soalan di bahagian a.

Tapi hafal nama dalam persekitaran umum dan tugas sangat susah kan? Jadi kita sebagai pelajar kena kreatif untuk mengubahsuai perkataan yang menarik untuk senang menghafal. Saya bagi contoh untuk persekitaran umum:

Sosiobudaya = Saya
Antarabangsa= Akan
Politik dan perundangan= Pergi Pulau

Saya akan pergi pulau. S stand for sosiobudaya / A stand for antarabangsa / PP stand for politik dan perundangan.

Ini ialah salah satu cara bagaimana saya menghafal fakta, you juga boleh gunakan imagination untuk mengetahui fakta seperti dalam persekitaran tugas

Oh ok dalam perniagaan mesti melibatkan pelanggan untuk membeli barang dan perkhidmatan, ada pekerja yang menghasilkan produk, dan pembekal yang menyumbangkan bahan mentah kepada perniagaan.

Pelajar juga perlu betul-betul faham apa fakta yang you tulis, supaya kamu boleh menghuraikan dalam jawapan.

Rabu, 15 November 2017

BAHAGIAN C : Sektor Industri Kecil dan Sederhana ( IKS) banyak memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan.

Look at the question and focus on memberi sumbangan dan pelbagai cabaran which mean it demand for 3+2 or 2+3 (3 cabaran 2 sumbangan or 2 sumbangan 3 cabaran).

Dalam pendahuluan sangat senang you hanya bagi definisi IKS, ubahsuai sedikit ayat daripada soalan pun boleh, contohnya:

Industri Kecil dan Sederhana ditakrifkan dengan perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan. IKS terbahagi kepada tiga iaitu industri berskala kecil, industri sederhana dan industri berskala besar. ( tengok nama IKS sudah bagi you tip iaitu kecil dan sederhana)

SUMBANGAN IKS:

1) Menjadi penggenap kepada industri besar ( penggenap iaitu jadi support kepada industri besar seperti input atau bahan mentah)
- membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industri berat seperti Proton.
-mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri(KESAN?) -mengurangkan kadar pertukaran asing - kurang bergantung kepada negara maju
- kos pengeluaran industri besar diminimumkan ( industri besar spend money to import, its expensive)
-industri berat dapat berkembang maju kerana dapat keuntungan yang lebih
- menuju ke arah negara perindustrain

2) Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
-IKS menyediakan lebih 44 peratus peluang pekerjaan daripada jumlah guna tenaga kerja dalam sektor perkilangan. (BUKTI)
-mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan struktur pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa.
-membasmi kemiskinan dengan pendapatan isi rumah (KESAN)

3) Melaksanakan pemindahan teknologi moden ( kerjasama with big company got chance to transfer better technology)
-kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan pemindahan teknologi melalui latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS.
- sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak mahu industri besar terpaksa melakukan teknik ini bagi menjamin komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti kerana ia mempengaruhi produk akhir.

CABARAN yang dihadapi oleh IKS:

1) Menghadapi kekurangan modal ( buka atau berkembang satu industri mesti mau duit punye, tak ada free punye)
- kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi bidangan kerana IKS beroperasi dalam skil yang kecil.
- sukar mendapatkan kemudahan pinjaman dari sistem perbankan kerana kurang dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan yang tidak memuaskan.
- bank berhati-hati memberi kredit kerana tidak mahu menanggung risiko jika hutang tidak berbayar. (BANK PINJAM DUIT MAU BAYAR HUTANG PUNYE)

2) Menghadapi masalah kehadiran IKS dari negara asing ( Malaysia ada IKS, luar negara pun ada IKS punye)
- kemasukan mendadak IKS terutamanya dari Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan telah menyempitkan peluang usahawan tempatan untuk menjadi pembekal kepada industri besar.
- kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh industri besar kerana lebih mempercayai firma asing daripada firma tempatan. ( firma tempatan suka IKS luar sebab negara luar lebih maju)
- syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk membangunkan IKS tempatan(WHY?) -mereka beranggapan IKS tempatan tidak mampu membekalkan barangan yang mencapai tahap yang mereka kehendaki. ( this is other company perspective)


Kesimpulan tulis IKS sangat penting untuk ekonomi negara dan pasal Wawasan 2020.

BAHAGIAN C : Banyak faktor menyebabkan Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi ancaman jenayah dan keadaan ini perlu diatasi segera. Bincangkan.

 Banyak faktor menyebabkan Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi ancaman jenayah dan keadaan ini perlu diatasi segera. (Fokus kepada faktor dan keadaan ini perlu diatasi segera, ini bermakna soalan mau FAKTOR dan LANGKAH, so ini ialah 3+2 atau 2+3 suka hati lu)

Setiap negara di seluruh dunia mesti ada berlaku jenayah punye, i tak kisah negara itu rakyat hidup dalam aman dan damai, MESTI ADA ORANG JAHAT YANG MELAKUKAN JENAYAH PUNYE. So lu punye pendahuluan boleh bermula dengan seperti di bawah:

Pendahuluan:
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman jenayah dan anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam. Kegiatan jenayah tersebut akan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara. Kerajaan telah menjalanakan usaha untuk mengatasi masalah tersebut. (KESAN JENAYAH+ WHO MENGATASI MASALAH?)

FAKTOR-FAKTOR berlakunya jenayah:

1) Faktor pertambahan penduduk ( orang luar sudah mari datang malaysia, lu mana tau semua orang luar ini 100% ialah orang baik kan?, mana tau ada orang luar yang melarikan diri daripada negara asal dia)
- semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan dalam pasaran.
-kedatangan pekerja asing telah menyempitkan lagi peluang untuk penduduk tempatan mendapat pekerjaan.
- apabila mereka gagal mendapatkan pekerjaan secara halal, mereka akan mendapatkan secara haram iaitu melakukan secara haram seperti merompak,meragut,dan sebagainya.
- hal ini ditambah lagi lagi persaingan dengan pekerja asing yang sanggup menerima upah yang lebih rendah. (Look at Bangla sudah puas dengan sikit wang sebab nilai wang mereka kecil mah.)

2) Faktor kejatuhan ekonomi
- kemelesetan ekonomi juga merupakan faktor meningkatnya kadar jenayah di Malaysia.
- apabila mereka sukar mendapatkan sesuatu kerana tiada pekerjaan atau diberhentikan kerja, sedangkan mereka terpaksa membayar ansuran kereta, rumah, dan keperluan lain.
- akhirnya mereka terpaksa pecah amanah, penipuan, merompak, mengedar dadah, dan sebagainya.
(people already got salary income to pay for monthly house, car and other, SUDDENLY NO JOBS, he conform not be able to pay, so what do they do to solve this solution? do crime loh)(no choice ma)

3) Faktor kurang penguatkuasaan undang-undang ( weak law cause crime semakin STRONG)
- kekurangan tenaga penguatkuasaan dan tenaga mahir dalam bidang tertentu telah menyebabkan pelbagai jenayah berlaku ( for example less police in our country)
- penjenayah mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah, pembunuhan, rompakan, dan pelbagai jenayah lagi. ( fikir semua contoh jenayah lu dapat fikir sampai tak dapat fikir baru tulis pelbagai jenayah lagi.)

LANGKAH-LANGKAH mengatasi masalah jenayah: ( usually question about jenayah a langkahnya mesti pasal kesedaran rakyat dan mengadakan kempen-kempen punye)

1) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam (YOU,ME,AH MENG,ALI,AHMAD SEMUA WAKE UP AGAINST THE CRIMES)
-kesedaran orang awam juga penting dalam usaha mencegah dan memerangi jenayah.
-orang ramai boleh mengambil bahagian dalam program dan aktiviti pencegahan jenayah. (HOW?)
-mereka harus sedar tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan diri,keluarga, dan harta benda mereka.
-hal ini dapat mengurangkan peluang dan ruang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.(KESAN)

2) Melaksanakan kempen-kempen pencegahan jenayah (HOW KEMPEN WORKS?)
- kempen-kempen pencegahan jenayah hendaklah digiatkan dalam media massa untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka. (KEMPEN FOR WHO?)
- kempen-kempen juga boleh diadakan pada peringkat sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang cara-cara mencegah jenayah dan kesan-kesannya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti jenayah. ( WHERE KEMPEN HAVE AND TO WHO?)

bagi Kesimpulannya tulis pendek-pendek saja macam semua pihak bekerjasama loh untuk membanteras jenayah.




哈利巧售柠檬水      美国有一位促销奇才名叫哈利,他15岁时在一家马戏团当童工,当时他已经初步展现了自己的商业头脑,非常善于吸引观众前来光顾,于是团主让他站在马戏团门口招徕观众。勤劳聪明的哈利果然不负团主所托,为马戏团招来不少观众。但是哈利并未安于现状,还想凭自己的智慧和...