Khamis, 16 November 2017

Pengajian Perniagaan Penggal 1 Bab 2: Pengeluaran

Apa itu pengeluaran ?

Pengeluaran ialah suatu fungsi perniagaan yang mengubah input untuk menghasilkan output sama ada barang atau perkhidmatan melalui aktiviti penambahan nilai.

Apakah peranan pengeluaran?

1) Menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Pengeluaran berperanan menghasilkan barang dan perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.

2) Penukaran input kepada output
- Pengeluaran merujuk operasi sesebuah organisasi yang melibatkan penukaran input kepada output. (ingat INPUT NEED proses transformasi baru jadi output, you satu bahan mentah tiada melakukan perubahan melalui pekerja macam mana mau jadi output kan?)

3) Memenuhi kehendak dan keperluan ( Why hasil barang dan perkhidmatan?)
- Output yang dihasilkan pula terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang akan dipasarkan kepada pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

(Peranan ada kait dengan definisi pengeluaran punye if you look closely...)
(always think why, why, why.

WHY mereka mau pengeluaran? ( untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan)
How they make barang dan perkhidmatan? ( tukar input kepada output)
Barang dan perkhidmatan for WHO? ( pengguna yang asyik minta di pasaran)

WHAT cabaran yang telah dihadapi dalam pengurusan pengeluaran?

1) Keperluan untuk memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai
- Kejayaan sesuatu produk bergantung pada keupayaannya untuk memenuhi cita rasa pengguna. ( You letak satu barang di pasaran, semakin lama semakin kurang pengguna beli, WHY? sebab mereka mungkin sudah boring dengan barang dan mahu barang yang lain)

2) Menekankan peningkatan kualiti secara berterusan
- Kualiti barangan merupakan aspek yang semakin dititikberatkan oleh pengguna dan jangkaan pengguna terhadap produk akan menentukan daya saing produk dalam pasaran berjaya atau sebaliknya. ( Bukan satu perniagaan ada pengeluaran produk sahaja, ada banyak. Maka kualiti produk adalah kunci untuk saling berlaku persaingan dalam pasaran.)

3) Perubahan teknologi yang berterusan
- Penggunaan teknologi mempercepat proses pengeluaran ( WHY technology so important for produk?)
- Oleh itu, pengguna harus sentiasa bersedia untuk menerima sebarang perubahan teknologi yang drastik dan mengatur strategi pengeluaran yang lebih efisien. (ALWAYS ALERT FOR NEW TECHNOLOGY COME OUT, mana tau perniagaan lain ada teknologi yang baru, nanti you punye pengeluaran produk sudah kalah sebab teknologi yang lama.)

(T stand for Tak/ C stand for Cinta/ K stand for Kepadamu)
Tak cinta kepadamu, oh T ialah teknologi, C ialah cita rasa, K ialah kualiti.






3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Saya like this information, very menolong kerna ada pembahasan sedikit di dlm informasi. Terbaikk

    BalasPadam

哈利巧售柠檬水      美国有一位促销奇才名叫哈利,他15岁时在一家马戏团当童工,当时他已经初步展现了自己的商业头脑,非常善于吸引观众前来光顾,于是团主让他站在马戏团门口招徕观众。勤劳聪明的哈利果然不负团主所托,为马戏团招来不少观众。但是哈利并未安于现状,还想凭自己的智慧和...